KUCHING, 13 Jan: Dua pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di Kanowit bagi menempatkan penduduk yang terpaksa berpindah setelah kediaman mereka dinaiki air.
Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata 38 mangsa dipindahkan ke Dewan Serbaguna Nanga Ngungun dan Dewan Kompleks Sukan Kanowit setakat 2 petang hari ini.
Seramai 18 mangsa dari Rumah Suzuzie Lily manakala 20 lagi dari Rumah Leo Sg Lipus dan Rumah Alice Jimmy.
Pasukan penyelamat termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), dan agensi lain turut membantu pemindahan mangsa serta memastikan keselamatan mereka di PPS.