Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat melawat mangsa banjir. Foto Sultan Ibrahim Sultan Iskandar (FB)

Agong berkenan melawat mangsa banjir di Kota Tinggi

ByBernama

KOTA TINGGI, 13 Jan: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat melawat mangsa banjir di daerah ini.

Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda berkenan melawat pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) New Kota dan Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Kota Tinggi di sini.

“Kedua-dua PPS tersebut menempatkan kira-kira 390 mangsa banjir daripada 106 keluarga,” menurut hantaran itu.

Keberangkatan Sultan Ibrahim diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Tan Sri Dr Azmi Rohani, Ketua Polis Johor Datuk M Kumar dan Pegawai Daerah Kota Tinggi Miswan Yunus.

Setakat 11 pagi ini, Johor merekodkan seramai 3,776 mangsa banjir yang ditempatkan di 37 PPS, dengan daerah Kota Tinggi mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 1,322 orang, diikuti Johor Bahru (780 orang), Kulai (546 orang), Pontian (595 orang) dan Kluang (533 orang). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan