Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) menahan 31 pendatang tanpa izin berhampiran sempadan Malaysia-Thailand dekat Bukit Kayu Hitam, hari ini. Foto TDM

31 warga Myanmar ditahan cuba masuk Malaysia secara haram

ByBernama

ALOR SETAR, 13 Jan: Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) menahan 31 pendatang tanpa izin berhampiran sempadan Malaysia-Thailand dekat Bukit Kayu Hitam, hari ini.

TDM dalam kenyataan memaklumkan tangkapan dilakukan kira-kira 6 pagi tadi di sekitar Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia (KTJ 6 Bgd).

Menurut TDM, sepasukan anggota operasi yang menjalankan rondaan telah mengesan sekumpulan pendatang tanpa izin yang sedang bersembunyi di kawasan ladang kelapa sawit berhampiran sempadan Malaysia-Thailand.

“Hasil pemeriksaan mendapati kesemua 31 pendatang tanpa izin itu merupakan warga Myanmar terdiri daripada 14 lelaki, 14 wanita, dua kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan.

“Kesemuanya berusia antara 2 hingga 42 tahun dan dipercayai memasuki Malaysia melalui jalan yang tidak sah,” menurut kenyataan itu.

TDM memaklumkan pasukan operasi turut merampas sejumlah wang tunai, 23 telefon bimbit serta beberapa set perhiasan dipercayai barang kemas yang keseluruhan dianggar bernilai lebih RM27,000.

Kesemua pendatang tanpa izin itu telah diserahkan kepada Balai Polis Bukit Kayu Hitam untuk tindakan lanjut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan