Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis menyita 60 motosikal dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di sini awal hari ini sebagai usaha membanteras kegiatan mat rempit. Foto fail Faitullah Morni (TVS)

Polis sita 60 motosikal dalam Op Samseng Jalanan

ByBernama

BALIK PULAU, 12 Jan: Polis menyita 60 motosikal dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah di sini awal hari ini sebagai usaha membanteras kegiatan mat rempit.

Ketua Polis Daerah Barat Daya ACP Sazalee Adam berkata operasi dijalankan bermula 4 pagi selepas polis bertindak hasil aduan pengguna jambatan dan risikan berkaitan kegiatan lumba haram di situ.

“Kesemua motosikal disita adalah hasil pemeriksaan terhadap 120 motosikal. Antara kesalahan dikenal pasti ialah mengubah suai keterlaluan dan individu terlibat menunggang secara berbahaya ala “Superman”.

“Seorang daripada lelaki yang diperiksa juga bukan sahaja didapati menggunakan nombor pendaftaran palsu pada motosikalnya, tetapi juga nombor enjin palsu. Lelaki itu disiasat lanjut bagi mengetahui sama ada motosikal terbabit miliknya atau kenderaan curi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya turut mengeluarkan 170 saman atas pelbagai kesalahan trafik antaranya tiada lesen memandu, nombor pendaftaran kenderaan tidak mengikut spesifikasi dan tiada cukai jalan.

Sazalee berkata pihaknya turut menjalankan operasi sama di kawasan Lebuhraya Dr Lim Chong Eu berhampiran Seagate yang sering menjadi tumpuan geng mat rempit berlumba haram.

Hasil pemeriksaan, katanya pihaknya menahan lapan lelaki berusia 20-an kerana berlumba haram dan menyita lapan motosikal manakala kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan