Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengalaman berdepan situasi getir ketika rumah dinaiki air akibat banjir masih segar dalam ingatan rata-rata masyarakat Tionghua di Kuala Krai meskipun bakal meraikan sambutan Tahun Baharu Cina pada 29 Jan. Foto fail Bernama

Persiapan mangsa banjir rai Tahun Baharu Cina serba sederhana

ByBernama

KUALA KRAI, 12 Jan: Pengalaman berdepan situasi getir ketika rumah dinaiki air akibat banjir masih segar dalam ingatan rata-rata masyarakat Tionghua di Kuala Krai meskipun bakal meraikan sambutan Tahun Baharu Cina pada 29 Jan.

Tinjauan Bernama di kawasan perumahan Taman Bukit Sireh mendapati musibah itu memberi kesan cukup mendalam kerana masa dan tenaga dihabiskan untuk membersihkan rumah serta membeli kelengkapan.

Pemilik bengkel motor Tan Sheng Lock, 44, berkata banjir yang berlaku pada penghujung tahun lepas telah menyebabkan dia terpaksa menanggung kerugian hampir RM10,000 kerana premis perniagaan dan rumahnya turut dinaiki air.

“Banjir baru-baru ini menyebabkan air masuk ke dalam bengkel hampir paras pinggang dan dekat rumah pula lagi sikit nak sampai ke siling dan sampai sekarang masih ada lagi kawasan yang belum dibersihkan sepenuhnya.

“Sambutan Tahun Baharu Cina tetap kena raikan cuma dalam keadaan sederhana sahaja kerana memikirkan banyak lagi keperluan penting yang perlu diuruskan terlebih dahulu,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Tukang gunting rambut Tien Ai Meng, 49, berkata selepas banjir berlaku, dia tidak dapat bekerja hampir sebulan kerana perlu membersihkan rumah.

“Raya tahun ini rasa sedih sedikit sebab rumah saya kena banjir dan perlu banyak fokus untuk selesaikan masalah akibat bencana itu. Tahun ini saya dan keluarga bercadang bercuti di kawasan pantai untuk menenangkan diri,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan