Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

Penerbangan Moscow-Dubai UTair berpatah balik kerana kemungkinan masalah teknikal

ByBernama

MOSCOW, 12 Jan: Syarikat penerbangan Rusia, UTair, pada Sabtu memaklumkan bahawa pesawatnya yang sedang dalam penerbangan dari Moscow ke Dubai telah berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Vnukovo selepas menerima maklumat mengenai perubahan pada paras cecair hidraulik, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Syarikat penerbangan menafikan maklumat mengenai pendaratan cemas pesawat yang dalam  penerbangan dari Moscow ke Dubai pada 11 Januari 2025. Selepas berlepas, maklumat diterima mengenai perubahan paras cecair hidraulik,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Kemudian pada hari yang sama, UTair mengesahkan bahawa pesawat berkenaan telah selamat kembali ke Lapangan Terbang Antarabangsa Vnukovo di Moscow.

“Demi keselamatan, kapten membuat keputusan untuk kembali ke Vnukovo. Pendaratan dilakukan dalam keadaan normal pada pukul 2.41 petang waktu Moscow (11.41 pagi GMT),” kata UTair dalam satu kenyataan berasingan.

Kesemua penumpang dan anak kapal dilaporkan selamat, menurut kenyataan itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan