Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hujan lebat berterusan dijangka melanda beberapa negeri di Semenanjung, Sabah serta selatan dan barat Sarawak, bermula Rabu ini hingga 18 Jan. Foto hiasan Envato

Luruan monsun: Hujan lebat berterusan mulai Rabu

ByBernama

KUALA LUMPUR, 12 Jan: Hujan lebat berterusan dijangka melanda beberapa negeri di Semenanjung, Sabah serta selatan dan barat Sarawak, bermula Rabu ini hingga 18 Jan.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata ia berdasarkan analisis terhadap model-model ramalan cuaca terkini yang menunjukkan bahawa luruan monsun dijangka berlaku sepanjang tempoh berkenaan.

Dalam kenyataan yang dikongsi di media sosial MetMalaysia, beliau menasihati orang awam untuk sentiasa merujuk laman web dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Setakat petang ini, Johor dan Perak menjadi dua negeri yang masih dilanda banjir dengan masing-masing merekodkan 3,779 dan 31 mangsa. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan