Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Lapan ditahan bantu siasatan kes kebakaran motosikal di Baling

ByBernama

BALING, 12 Jan: Polis menahan lapan lelaki bagi membantu siasatan berhubung sekurang-kurangnya sembilan insiden kebakaran motosikal di Kupang di sini, sejak bulan lepas hingga awal tahun ini.

Ketua Polis Daerah Baling Supt Azmi Mokhtar berkata hasil siasatan bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah mendapati terdapat unsur khianat dalam insiden terbabit.

“Semua kes kebakaran dilaporkan bermula dengan kebakaran motosikal iaitu sekitar 3.30 pagi, sebelum merebak ke rumah dan kereta.

“Hasil operasi susulan kejadian, sebanyak lapan lelaki berusia 25 hingga 35 tahun ditahan untuk membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata pemeriksaan mendapati seorang daripada yang ditahan terlibat dengan kes pecah rumah dan siasatan lanjut menemukan duit daripada tabung masjid.

Azmi berkata tujuh yang lain pula didapati terlibat dalam penyalahgunaan dan pengedaran dadah.

“Kertas siasatan membabitkan khianat akibat kebakaran telah dibuka mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan polis masih memburu suspek yang disyaki dalang kejadian terbabit.

“Polis menerima sembilan laporan berkaitan kejadian kebakaran bermula 24 Dis hingga 2 Jan lepas. Modus operandinya sama iaitu kebakaran bermula dari motosikal sebelum merebak ke kereta dan rumah mangsa,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan