Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Semua pelajar Malaysia yang berada di Los Angeles, Amerika Syarikat digalak untuk mengemas kini butiran diri dan pengajian melalui sistem MyData@EducationMalaysia4U bagi memastikan capaian maklumat data yang tepat. Foto AFP

KPT galak pelajar M’sia di Los Angeles kemas kini butiran diri di Mydata@EducationMalaysia4U

ByBernama

PUTRAJAYA, 12 Jan: Semua pelajar Malaysia yang berada di Los Angeles, Amerika Syarikat digalak untuk mengemas kini butiran diri dan pengajian melalui sistem MyData@EducationMalaysia4U bagi memastikan capaian maklumat data yang tepat.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam kenyataan hari ini memaklumkan setakat ini terdapat 14 pelajar Malaysia yang menuntut di University of California, Los Angeles (UCLA) dan berhampiran dengan lokasi kebakaran hutan yang sedang berlaku.

“Setakat hari ini, keadaan pelajar dalam keadaan baik dan akan terus berada di kediaman masing-masing sehingga arahan terbaharu diterima.

“KPT bersama pejabat Konsulat Jeneral di Los Angeles juga bersetuju untuk memberi bantuan dan akan melaksanakan pelan pengungsian sekiranya perlu melalui penempatan pelajar di rumah pegawai sebagai shelter house. Bagaimanapun, pada ketika ini tiada arahan pengungsian dikeluarkan oleh pihak UCLA kepada pelajar,” menurut kenyataan itu.

KPT turut menasihati semua pelajar supaya berhubung dengan Pejabat Education Malaysia Los Angeles menerusi talian +1-626-879-4923 atau melalui e-mel di emla@mohe.gov.my.

Pada 8 Jan lepas, dilaporkan kebakaran hutan yang dahsyat didorong angin ribut yang kuat dan keadaan kering, telah merebak dengan pantas di bahagian utara dan barat laut Los Angeles yang sehingga kini meragut 11 nyawa dan menyebabkan ribuan rumah, perniagaan serta struktur lain terbakar. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan