Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kemboja melaporkan 18,987 kes demam denggi pada 2024, penurunan mendadak sebanyak 46 peratus daripada 35,390 kes pada tahun sebelumnya. Foto hiasan Envato

Kemboja rekod penurunan ketara dalam kes demam denggi, dengan 46 kematian pada 2024

ByBernama

PHNOM PENH, 12 Jan: Kemboja melaporkan 18,987 kes demam denggi pada 2024, penurunan mendadak sebanyak 46 peratus daripada 35,390 kes pada tahun sebelumnya, menurut laporan Kementerian Kesihatan pada Ahad, lapor Xinhua.

“Penyakit itu membunuh 46 orang tahun lepas, turun 53.5 peratus daripada 99 kematian pada tahun sebelumnya,” menurut laporan itu.

Leang Rithea, pengurus Program Kawalan Denggi Kebangsaan dan timbalan pengarah Pusat Parasitologi, Entomologi dan Kawalan Malaria Kebangsaan, mengaitkan kejayaan itu dengan usaha mengedarkan racun larva, bahan penghalau nyamuk dan bahan lain kepada isi rumah untuk mencegah wabak berskala besar.

“Ibu bapa harus membawa anak mereka yang sakit ke pusat kesihatan atau hospital negeri dalam tempoh 48 jam jika mereka mengesyaki anak mereka dijangkiti virus denggi,” katanya kepada Xinhua.

Rithea turut menggesa isi rumah untuk menimbus lopak air di sekitar rumah mereka dengan mengatakan lopak itu adalah punca nyamuk.

Demam denggi adalah penyakit virus yang disebarkan melalui gigitan nyamuk Aedes yang aktif pada waktu siang.

Penyakit ini menyebabkan penyakit akut yang biasanya disusuli dengan gejala seperti sakit kepala, demam tinggi sehingga 40 darjah Celsius, keletihan, sakit otot dan sendi yang teruk, kelenjar bengkak, muntah dan ruam.

Di negara Asia Tenggara, kemuncak tempoh wabak denggi adalah pada musim hujan dari Mei hingga Oktober. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan