Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar edaran yang diambil dan dikeluarkan pada 11 Januari 2025 oleh Badan Geologi Indonesia menunjukkan Gunung Ibu memuntahkan abu gunung berapi setinggi kira-kira 4,000 meter semasa letusan seperti yang diperhatikan dari Pos Pemerhatian Gunung Ibu Gunung Berapi di Halmahera Barat, Maluku Utara pada 11 Januari 2025. Foto AFP

Gunung Ibu di Indonesia meletus, orang ramai digesa jauhi zon bahaya

ByBernama

JAKARTA, 12 Jan: Gunung Ibu di wilayah Maluku Utara, Indonesia meletus pada Sabtu, memuntahkan awan yang mengandungi abu setinggi 4,000 meter dari puncaknya, sekali gus mendorong pihak berkuasa mengeluarkan amaran kepada orang ramai.

Letusan yang berlaku di daerah Halmahera Barat pada 7.35 malam waktu tempatan Sabtu itu berlangsung kira-kira tiga minit lima saat, mengeluarkan abu tebal serta awan gelap ke arah barat dan memuntahkan lava sejauh dua kilometer (km) dari kawah gunung berapi itu.

Pihak berkuasa telah melarang semua aktiviti awam, termasuk mendaki dalam radius empat kilometer dari gunung berapi itu dan zon sejauh 5.5 km ke arah utara dari kawah aktif.

“Bagi menjangkakan potensi bahaya, penduduk digesa memakai pelitup muka dan pelindung mata seperti cermin mata,” kata jurucakap Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia, Abdul Muhari dalam satu kenyataan pada Ahad.

Pihak berkuasa tempatan juga diminta berkoordinasi dengan Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG) untuk pengurangan risiko.

Aktiviti gunung berapi itu kekal pada tahap III, atau “berjaga-jaga,” kerana letusannya telah berubah-ubah sejak Jun 2024, dengan beberapa hari mencatatkan sehingga 70 letusan.

Terdahulu pada Jumaat, gunung berapi itu meletus dua kali, menghamburkan awan mengandungi abu setinggi 3,000 meter ke udara, dengan awan abu bergerak ke arah selatan dan tenggara.

Menurut PVMBG, letusan seperti itu adalah fenomena biasa bagi Gunung Ibu berdasarkan tahap aktivitinya ketika ini. Orang ramai dinasihatkan supaya terus berwaspada dan mengelak daripada terpengaruh dengan maklumat palsu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan