Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan bomba menjalankan operasi mengeluarkan semua mangsa di dalam kereta. Foto JBPM

Enam maut dalam kemalangan di Semporna-Tawau

ByBernama

SEMPORNA, 12 Jan: Enam termasuk seorang bayi lelaki maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Jalan Kalumpang, Semporna-Tawau di sini petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Semporna Madzlan Sarman ketika dihubungi berkata mereka terdiri daripada tiga lelaki dewasa, seorang perempuan dewasa, seorang kanak-kanak perempuan, dan seorang bayi lelaki.

Beliau berkata polis menerima laporan mengenai kemalangan itu pada pukul 4.58 petang, yang melibatkan sebuah kereta (Proton Wira) dinaiki enam individu berkenaan bersama seorang lelaki dewasa yang yang mengalami kecederaan, sebuah kenderaan pacuan empat roda, dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV).

“Empat yang menaiki kenderaan pacuan empat roda dan empat lagi dalam MPV itu tidak mengalami sebarang kecederaan. Keseluruhan 15 orang terlibat dalam kemalangan ini, dengan enam disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Kesemua yang meninggal dunia telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Setelah memastikan tiada bahaya lain wujud, operasi ditamatkan sepenuhnya pukul 7.16 petang tadi,” katanya.

Beliau berkata tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Semporna memberi bantuan di tempat kejadian, dan punca kejadian masih dalam siasatan polis. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan