Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pihak APMĀ mendapati tanah runtuh yang menimpa bahagian dapur rumah penduduk berkenaan berpunca daripada hujan lebat. Foto: JBPM

Empat kawasan di Kapit terjejas akibat tanah runtuh

KAPIT, 12 Jan: Beberapa kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di sebahagian kawasan di Kapit berikutan hujan lebat berterusan semalam, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kapit berkata empat kawasan terjejas itu ialah Kampung Baru, Jalan Puan Sri Tiong, Jalan Kampung Kemarau dan sekitar Lapangan Terbang Kapit.

ā€œBerhubung kejadian di Kampung Baru, Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Kapit menerima satu laporan pada 1.10 tengah hari semalam daripada seorang penduduk yang memaklumkan berlaku tanah runtuh di belakang rumahnya.

ā€œPihak APMĀ mendapati tanah runtuh yang menimpa bahagian dapur rumah penduduk berkenaan berpunca daripada hujan lebat. Penduduk itu sudah dinasihatkan berpindah dan segera menghubungi pihak berwajib sekiranya kejadian sama berulang,ā€ katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Nanta berkata kejadian itu juga mengakibatkan jalan utama menghubungkan Kampung MuhibbahĀ terputus, dan tiada sebarang perkara tidak diingini dilaporkan setakat ini.

Beliau menasihati penduduk yang terkesan supaya memastikanĀ  keselamatan diriĀ dan keluarga selainĀ mematuhi saranan, arahan sertaĀ nasihat pihak berkuasa.

ā€œSaya juga berharap semua pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya dalam memastikan keselamatan penduduk yang terjejas,ā€ tambahnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā 

Berita Berkaitan