Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sekurang-kurangnya 11 orang maut akibat kebakaran hutan yang melanda Los Angeles (LA), membakar kawasan seluas kira-kira 15,782 hektar dan memusnahkan lebih 12,000 struktur. Foto fail AFP

Angka kematian kebakaran hutan di Los Angeles meningkat kepada 11 orang

ByBernama

WASHINGTON, 12 Jan: Sekurang-kurangnya 11 orang maut akibat kebakaran hutan yang melanda Los Angeles (LA), membakar kawasan seluas kira-kira 15,782 hektar dan memusnahkan lebih 12,000 struktur, lapor United Press International (UPI).

Pasukan bomba berjaya mengawal sebahagian atau kebanyakan daripada empat kebakaran yang masih aktif di kawasan itu.

Namun, lebih 153,000 penduduk masih dikenakan perintah pemindahan mandatori.

Pihak berkuasa memberi amaran bahawa kegagalan mematuhi arahan boleh menyebabkan penduduk didakwa atas kesalahan kecil, menurut NBC News pada Sabtu.

Sementara itu, pasukan bomba sedang bersiap sedia menghadapi kemungkinan tiupan angin kencang yang berpotensi mencetuskan kebakaran lebih besar. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan