Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berucap pada Majlis Perasmian Penutup Karnival Singgah Lok Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Cawangan Kuching, di sini, hari ini. Foto TVS

AIM bantu usahawan Sarawak keluar kepompong kemiskinan

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 12 Jan: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof memuji pencapaian cemerlang Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dalam membantu usahawan di Sarawak melalui pinjaman berteraskan Islam.

Beliau berkata, sejak penubuhannya, AIM memberikan pinjaman berjumlah RM263 juta kepada lebih 3,000 usahawan di wilayah ini dengan jumlah pinjaman antara RM3,000 hingga RM30,000 kepada mereka yang layak.

“Bukan sahaja diberi pinjaman, yang lebih penting mereka (usahawan) turut diberi latihan dan sokongan sepenuhnya supaya mereka dapat meneruskan usaha mereka.

“Selain itu, menerusi inisiatif berkenaan, diharap mereka juga akan dapat keluar daripada kepompong kemiskinan dan dapat menambah pendapatan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Perasmian Penutup Karnival Singgah Lok Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Cawangan Kuching, di sini, hari ini.

Hadir sama Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah AIM, Datuk Seri Syed Hussian Syed Junid dan Pengarah Urusan AIM, Datuk Shamir Aziz.

Menurut Fadillah, kejayaan tersebut terbukti apabila kadar bayaran balik pinjaman (non-performing loan) adalah amat rendah hanya 0.02 peratus dan mencerminkan keberkesanan sokongan yang diberikan.

“Sokongan berterusan inilah yang menyebabkan kejayaan pengusaha tersebut yang mendapat pinjaman.

“Dengan itu, saya berharap dan mendoakan kejayaan berterusan kepada AIM dan juga semua sahabat-sahabat AIM kita ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, AlM turut menyasarkan jumlah pengeluaran pembiayaan untuk Sarawak sebanyak RM268.8 juta bagi tahun 2025. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan