Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof meluahkan rasa syukur kerana Sarawak diketuai oleh seorang pemimpin hebat seperti Abang Johari. Foto TVS

Abang Johari pemimpin berwawasan tinggi

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 12 Jan: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg disifatkan sebagai pemimpin yang berwawasan tinggi dan penuh komitmen dalam mentadbir serta mengurus ekonomi wilayah ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof meluahkan rasa syukur kerana Sarawak diketuai oleh seorang pemimpin hebat seperti Abang Johari yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam memacu kemajuan negeri dan meningkatkan pendapatannya.

“Kalau kita melihat bajet yang dibentangkan, setiap tahun meningkat dan dengan peningkatan ini kita dapat melihat bagaimana kreatifnya Abang Johari mencari sumber kewangan untuk Sarawak dengan memberi penekanan kepada ekonomi baharu sama ada dalam bentuk digital atau tenaga boleh diperbaharui dan ekonomi hijau.

“Ini merupakan satu komitmen, maknanya beliau seorang pemimpin yang berpandangan jauh dan kreatif serta tidak takut dalam menceburi bidang baharu sehinggakan diiktiraf di peringkat antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Perasmian Penutup Karnival Singgah Lok Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Cawangan Kuching di sini, hari ini.

Hadir sama Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah AIM, Datuk Seri Syed Hussian Syed Junid dan Pengarah Urusan AIM, Datuk Shamir Aziz.

Fadillah menjelaskan, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut memuji Abang Johari sebagai seorang yang kreatif dan dapat mengurus tadbir Sarawak sehingga menjadi sebuah negeri yang maju ke hadapan.

Sehubungan itu beliau berharap rakyat Sarawak akan sentiasa memberi sokongan padu kepada kepimpinan Abang Johari agar Sarawak dapat mencapai kejayaan lebih besar pada masa akan datang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan