Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 28 orang termasuk pemandu berdepan detik cemas apabila bas ekspres dinaiki mereka, dalam perjalanan dari Kapit menuju ke Sibu, terbalik akibat kemalangan kendiri di Simpang Pangkalan Majau, Jalan Kapit/Song, dekat Kanowit, petang tadi. Foto JBPM

28 orang alami detik cemas bas dinaiki terbalik

SIBU, 12 Jan: Seramai 28 orang termasuk pemandu berdepan detik cemas apabila bas ekspres dinaiki mereka, dalam perjalanan dari Kapit menuju ke Sibu, terbalik akibat kemalangan kendiri di Simpang Pangkalan Majau, Jalan Kapit/Song, dekat Kanowit, petang tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu Andy Alie berkata 12 lelaki dan enam wanita yang mengalami cedera ringan telah menerima rawatan di Hospital Kanowit.

Beliau berkata sebaik menerima panggilan kecemasan pada 2.18 petang, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit serta sebuah jentera digerakkan ke lokasi.

“Setiba di lokasi didapati sebuah bas mengalami kemalangan kendiri…tiada mangsa yang tersepit di dalam ruang penumpang bas tersebut,” katanya.

Punca kemalangan masih dalam siasatan pihak polis. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan