Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima kunjungan daripada Inns Of Court Malaysia (ICM) dan Mantan Ketua Hakim Negara, Tun Ariffin Zakaria, di Astana Negeri, hari ini. Foto Ahmad Nasrullah (TVS)

Tun Dr Wan Junaidi terima kunjungan hormat ICM, mantan Ketua Hakim Negara

ByMadeline Dugat

KUCHING, 11 Jan: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima kunjungan daripada  Inns Of Court Malaysia (ICM) dan Mantan Ketua Hakim Negara, Tun Ariffin Zakaria, di Astana Negeri, di sini, hari ini.

Menurut Mantan Ketua Hakim Negara, Tun Ariffin Zakaria, kunjungan tersebut bertujuan untuk membincangkan jalinan kerjasama bagi mengadakan seminar, aktiviti dan perbincangan idea bagi memperkukuh profesion guaman.

Selain itu katanya, ia merupakan satu platform terbaik bagi menghimpunkan pengamal undang-undang dari Sabah dan Sarawak.

“ Ya, jadi niatnya  (menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Sri Fadillah Yusof ) adalah supaya kita boleh membawa apa-apa aktiviti yang kita ada di Semenanjung yang diberikan oleh Inns Of Court (ICM) seperti seminar,  perbincangan idea untuk perkongsian ilmu undang-undang kepada peguam dan tidak semestinya kepada peguam terlatih.

“Kami terbuka kepada semua peguam yang berkelayakan, sama ada mereka dalam perkhidmatan undang-undang atau mereka mereka peguam dalaman malah peguam bersara, dan hakim bersara.

“Ini adalah satu-satunya forum atau persatuan yang mana hakim dan peguam berkumpul, ahli akademik juga turut berkumpul,” katanya kepada pemberita selepas kunjungan hormat pada Sabtu.

Dalam pada itu, beliau turut berterima kasih dengan sokongan diberikan oleh  Timbalan Perdana Menteri, Datuk Sri Fadillah Yusof kepada pengamal undang-undang.

“Kami berterima kasih kepada dia. Itulah kenapa kami datang ke sini. Malam ini akan menjadi makan malam pertama kami di sini.

“Dia sangat mendukung idea kami, mereka juga tidak sabar untuk mengadakan lebih banyak aktiviti, bukan sahaja di  Sarawak tetapi juga di Sabah kerana anda lihat pada masa sekarang, kita beroperasi dengan legislasi yang berbeza.

Sabah mempunyai bar mereka sendiri, Semenanjung mempunyai bar mereka sendiri dan Sarawak mempunyai bar sendiri,” katanya.

Jelasnya, acara seperti ini akan dapat menghimpunkan semua peguam dari Sabah atau Sarawak dalam satu bumbung yang sama dan menjadi rumah bagi seluruh spektrum profesional undang-undang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan