Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim.

Tujuh pemain warisan dikenal pasti untuk Harimau Malaya – Tunku Ismail

ByBernama

KUALA LUMPUR, Jan 11: Skuad Harimau Malaya berkemungkinan besar diperkuatkan dengan beberapa muka baharu ketika kempen Kelayakan Piala Asia 2027 bermula Mac ini.

Ia berikutan perkongsian Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim bahawa enam hingga tujuh pemain warisan telah dikenal pasti untuk mewakili Malaysia.

“Diharapkan kerajaan Malaysia dapat membantu dalam proses mendapatkan pasport Malaysia agar mereka dapat bermain untuk skuad Harimau Malaya pada kelayakan Piala Asia 2027 mulai Mac ini.

“Mustahak skuad Harimau Malaya memulakan kempen kelayakan dengan keputusan yang positif,” titah baginda di akaun Facebooknya hari ini.

Baginda yang dilihat mengetuai penstrukturan revolusi skuad Harimau Malaya turut memuat naik gambar bersama Ketua Pegawai Eksekutif baharu pasukan kebangsaan Robert Friend serta Ketua Prestasi Tinggi dan Perubatan Sukan pasukan itu Dr Craig Duncan.

Bagi pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027 yang bakal berlangsung dari 25 Mac ini hingga 31 Mac tahun depan, Malaysia diundi dalam Kumpulan F bersama Vietnam, Nepal dan Laos.

Hanya juara kumpulan sahaja akan layak ke kejohanan bola sepak terunggul Asia itu di Arab Saudi dari 7 Jan hingga 5 Feb 2027. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan