Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tiga penghuni hilang tempat tinggal selepas rumah sementara yang didiami mereka musnah dalam kebakaran di Jalan Selangan, Sarikei, pagi tadi. Foto JBPM

Tiga penghuni hilang tempat tinggal dalam kebakaran di Jalan Selangan

ByAsmah Adenan

SARIKEI, 11 Jan: Tiga penghuni hilang tempat tinggal selepas rumah sementara yang didiami mereka musnah dalam kebakaran di Jalan Selangan di sini, pagi tadi.

Komander Operasi, Peter Jinang berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu  jam 9.11 pagi dengan menggerakkan sembilan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati kebakaran melibatkan sebuah rumah struktur tidak kekal dengan anggaran keluasan empat meter lebar dan lapan meter panjang telah terbakar keseluruhan.

“Rumah tersebut adalah rumah sementara dan dibina di bahagian belakang rumah panjang baharu yang masih dalam pembinaan serta didiami oleh tiga penghuni,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, api berjaya dipadamkan oleh penduduk rumah panjang dengan menggunakan dua unit alat pemadam api jenis debu kering dan bekalan air paip.

“Pihak bomba juga turut membuat pemadaman dan ‘overhaul’ dengan menggunakan satu aliran 200 kaki nozel air dari tangki jentera bagi menggelakkan tiada lagi punca api, operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada jam 10.12 pagi,” ujarnya.

Katanya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kejadian masih dałam siasatan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan