Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Aksi beregu negara Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei ketika menentang pemain dari China Feng Yan Zhe dan Huang Dong Ping pada Kejohanan Petronas Terbuka Malaysia di Axiata Arena Bukit Jalil hari ini. Foto Bernama

Terbuka Malaysia: Tang Jie-Ee Wei, Soon Huat-Shevon terlepas aksi final

ByBernama

KUALA LUMPUR, 11 Jan: Harapan untuk menyaksikan dua wakil negara beraksi di final Terbuka Malaysia 2025 esok terkubur apabila dua beregu campuran negara terkandas hari ini.

Pilihan ketiga Cheng Tang Jie-Toh Ee Wei tewas kepada pasangan China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping 19-21, 14-21 dalam saingan separuh akhir berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Tang Jie-Ee Wei bermula dengan baik apabila mendahului 8-3 di awal set pertama namun gandingan negara hilang momentum sekali gus tewas set pertama.

Pasangan kelima dunia itu menunjukkan kebangkitan untuk mendahului 9-6 namun berjaya dikejat Yan Zhe-Dong Ping untuk menyamakan kedudukan 9-9 sebelum menokhtahkan kemenangan sekali gus mengesahkan slot final milik wakil China.

Dalam satu lagi saingan separuh akhir, pasangan profesional negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie juga terkandas, tunduk kepada Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran dari Thailand 21-17, 12-21, 16-21.

Ketika ditemui selepas perlawanan, Tang Jie berkata walaupun mereka bermain dengan baik pada awal perlawanan, sikap terburu-buru dan kegagalan untuk melaksanakan strategi serangan dengan teliti membenarkan lawan mengawal permainan.

“Kita gagal mendapatkan mata ketika melakukan serangan dan itu sedikit menjejaskan mental kita,” katanya.

Ee Wei mengakui bahawa mereka masih belum mencapai tahap pasangan terbaik dan masih banyak perlu dipelajari.

Sementara itu, walaupun Soon Huat-Shevon memulakan dengan baik dengan menang set pertama 21-17, beberapa kesilapan mudah menyebabkan mereka tewas 12-21, 16-21 dalam perlawanan berlangsung selama 63 minit.

Shevon jelas kecewa kerana tidak dapat menceriakan penyokong tuan rumah kerana mereka telah menunjukkan prestasi terbaik hingga mara ke separuh akhir hari

Soon Huat mengakui mereka kurang pantas dan kekuatan yang memberikan kesan kepada prestasi mereka terutama selepas menang set pertama.

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 Chan Peng Soon-Goh Liu Ying merupakan beregu campuran terakhir layak ke final Terbuka Malaysia dan Teh Kew San-Ng Mei Ling pernah meraih gelaran juara pada 1965. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan