Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian bersama-sama Ketua Pegawai Eksekutif RJ Group of Companies (RJ) Datuk Lily Lim dan tetamu kehormat lain

Seni bina kediaman lebih sihat untuk penduduk

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 11 Jan: Sarawak menyaksikan satu pencapaian penting ke arah pembangunan lestari dengan projek bangunan kediaman yang mendapat pengiktirafan Indeks Bangunan HIjau (GBI).

Ketua Pegawai Eksekutif RJ Group of Companies (RJ) Datuk Lily Lim berkata, ia bukan sekadar pencapaian seni bina malah melambangkan komitmen terhadap tanggungjawab alam sekitar, kecekapan sumber dan gaya hidup yang lebih sihat untuk penduduk.

“Projek ini mewakili lebih daripada sekadar sebuah bangunan kediaman. Ia menetapkan satu pelopor bagi pembangunan masa depan di Sarawak dan seterusnya.

“Dengan melabur dalam teknologi hijau hari ini, kita sedang melindungi alam sekitar untuk generasi yang akan datang,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Bangunan Kediaman Tinggi Hijau Bertauliah Pertama di Sarawak di sini, hari ini.

Menurutnya, ia juga sejajar dengan visi Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS 2030) dalam kelestarian, urbanisasi dan pertumbuhan pesat.

Tambahnya, adalah penting untuk menerima amalan lestari dalam program pembangunan untuk memelihara keindahan alam sekitar Sarawak bagi generasi akan datang.

Majlis hari ini menyaksikan RJ melancarkan projek kediaman bertingkat hijau pertama di Sarawak iaitu d’Isabelle yang kini sedang dalam proses pembinaan di Jalan Dogan setinggi 18 tingkat yang direka untuk mentakrifkan semula kehidupan bandar lestari serta memperkenalkan konsep rumah terpisah (detached home in the sky) bersama dengan amalan lestari yang menjadikan d’Isabelle sebuah kediaman kekal.

Sementara itu, Pengarah RJ Group Ryonna Chuo berkata, elemen reka bentuk yang mementingkan alam sekitar adalah termasuk ciri cekap tenaga dan air sekali gus memastikan faedah alam sekitar, keselesaan hidup dan penjimatan monetari untuk utiliti dan kemampanan operasi untuk penduduk.

Turut hadir Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan