Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sembilan pekerja di sebuah ladang sawit di Kinabatangan dikejarkan ke hospital selepas disyaki terhidu racun serangga hari ini. Foto JBPM

Sembilan pekerja ladang di Kinabatangan terhidu racun serangga dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan

ByBernama

KOTA KINABALU, 11 Jan: Sembilan pekerja di sebuah ladang sawit di Kinabatangan dikejarkan ke hospital selepas disyaki terhidu racun serangga hari ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan berkata semua mangsa dipercayai terhidu racun serangga jenis Carbosulfan UN3077 ketika menjalankan aktiviti membaja pokok sawit di ladang seluas lapan hektar pada pukul 9 pagi.

“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 3.11 petang. Sepasukan anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan dan Unit Pengurusan Bahan Berbahaya (Hazmat) digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak 45 kilometer dari balai bomba.

“Semua mangsa telah dihantar ke Hospital Kinabatangan oleh orang awam untuk mendapatkan rawatan sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, pasukan bomba kemudian bertindak menutup kawasan dan membuat persempadanan dengan memasang sawar-sawar bagi memastikan tiada bahaya lain yang wujud dan operasi ditamatkan 6.40 petang.

JPBM Sabah memaklumkan setakat ini lapan mangsa sudah keluar dari Unit Kecemasan hospital berkenaan dan seorang lagi masih dirawat namun dilaporkan stabil. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan