Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian pada Majlis Makan Malam Bersama Pengamal Media di sebuah hotel, di Kuching, malam tadi. Foto Bernama

Sarawak yakin dapat atasi Pulau Pinang beberapa tahun akan datang

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 12 Jan: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian menyatakan keyakinannya bahawa Sarawak bukan sahaja akan mengejar Pulau Pinang dari segi pembangunan tetapi akan mengatasinya dalam beberapa tahun akan datang.

Beliau menekankan perbezaan dalam perbelanjaan kerajaan antara kedua-dua negeri dengan menekankan bahawa bajet Sarawak yang menekankan kepada agenda kemajuan untuk rakyat.

“Satu tahun bajet Sarawak bersamaan dengan 15 tahun perbelanjaan kerajaan Pulau Pinang. Kita ketinggalan, tiada keraguan mengenainya. Tetapi, dua tahun bajet Sarawak bersamaan dengan 30 tahun perbelanjaan Pulau Pinang.

“Satu tahun bajet Sarawak bersamaan dengan lima tahun bajet Selangor. Dua tahun bajet Sarawak bersamaan dengan 10 tahun bajet Selangor. Jadi, jangan cakap selepas empat atau lima tahun, kita tak akan dapat mengejar Selangor. Kita bukan sahaja akan mengejar, kita akan mengatasi mereka. Saya jamin,” katanya ketika berucap di Majlis Makan Malam Bersama Media di sini, malam tadi.

Katanya, Pulau Pinang bakal mengambil masa enam dekad untuk mencapai apa yang dicapai oleh Sarawak dalam masa empat tahun.

Dalam ucapan sama, beliau menyeru menyeru perpaduan dan komitmen daripada rakyat Sarawak untuk menghadapi cabaran yang mendatang.

“Jika anda sayangkan Sarawak, anda perlu bangkit dan menyumbang kepada usaha ini, sama seperti mantan Ketua Menteri Sarawak Allayarham Pehin Sri Adenan Satem dan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg lakukan untuk Sarawak,” katanya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan