Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan. Foto Envato

Polis menahan dua lelaki dalam Op Tapis bagi membanteras aktiviti dadah.

ByBernama

JASIN, 11 Jan: Polis menahan dua lelaki disyaki terlibat dalam pengedaran dadah pelbagai jenis dalam dua serbuan berasingan menerusi Op Tapis di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Jasin SUPT Mohamad Rusli Mat berkata tangkapan pertama membabitkan suspek berusia 27 tahun di tepi jalan di Jalan Bandar Jasin 3 di sini kira-kira pukul 6 petang.

“Hasil pemeriksaan polis menemukan sejumlah dadah dalam kereta jenis Perodua Myvi iaitu empat paket plastik disyaki jenis syabu anggaran berat 53 gram, satu plastik mengandungi lima biji disyaki pil Yaba dan empat biji pil disyaki Erimin 5.

“Susulan tangkapan itu telah membawa kepada penahanan suspek kedua berumur 37 tahun kira-kira pukul 1.30 pagi hari ini di sebuah rumah di Tangkak, Johor,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamad Rusli berkata hasil serbuan ke atas suspek kedua itu, polis telah merampas dadah pelbagai jenis iaitu dua paket plastik mengandungi bahan disyaki jenis heroin seberat 140 gram, satu paket plastik disyaki syabu (5.40 gram) dan tujuh balutan plastik mengandungi ketulan mampat disyaki ganja (420 gram).

Beliau berkata nilai keseluruhan dadah dirampas dianggarkan RM6,710 selain turut disita motosikal jenis Yamaha dan kereta Proton Inspira dianggarkan bernilai RM31,000.

“Hasil ujian saringan awal air kencing suspek pertama didapati positif dadah methamphetamine manakala suspek kedua positif dadah jenis morphine.

“Semakan rekod lampau pula mendapati suspek pertama mempunyai tiga rekod lampau manakala suspek kedua mempunyai 12 rekod lampau berkaitan dadah dan kedua-duanya disiasat di bawah Seksyen 39b Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan