Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Persiapan Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan LRT Laluan Mutiara sedang giat dijalankan ketika tinjauan di Tapak Projek Bandar Sri Pinang pada Jumaat. Foto Bernama

PM Anwar bakal rasmi majlis pecah tanah pembinaan LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang

ByBernama

GEORGE TOWN, 11 Jan: Pulau Pinang hari ini bakal menyaksikan satu lagi fasa penting dalam rangkaian mod pengangkutan negeri dengan perasmian pecah tanah projek pembinaan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara Pulau Pinang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Majlis perasmian itu akan berlangsung di Tapak Projek Bandar Sri Pinang di sini pada 11 pagi ini yang turut dihadiri Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook dan Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Projek LRT itu melibatkan jajaran bermula dari Pulau Silikon hingga ke Komtar, seterusnya menyeberang ke Penang Sentral, di Seberang Perai.

Pada Mac 2024, kerajaan Persekutuan secara rasmi mengambil alih projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang daripada kerajaan negeri dan keputusan itu dicapai susulan keputusan Jemaah Menteri yang meluluskan cadangan pembangunan projek berkenaan.

Kerajaan melantik MRT Corp iaitu syarikat 100 peratus milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) sebagai pemaju dan pemilik aset dengan pelaksanaan projek dibuat secara tender terbuka.

Sebelum ini, Chow menyifatkan pelaksanaan projek LRT Laluan Mutiara sebagai langkah permulaan dalam menyediakan rangkaian mod pengangkutan lebih efisien kepada penduduk negeri itu sekali gus membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas yang disebabkan peningkatan penggunaan kenderaan persendirian.

Selain itu, Perdana Menteri juga dijadual melawat Sekolah Menengah Persendirian Jit Sin di Bukit Mertajam sebelum merasmikan bangunan blok baharu KPJ Penang Specialist Hospital pada 2.45 petang ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan akan mengakhiri lawatan kerja di Pulau Mutiara dengan menghadiri Program Muhibbah MADANI anjuran Yayasan Muhibbah Malaysia di kawasan Majlis Bandaraya Seberang Perai Tengah, Bukit Mertajam. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan