Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima cenderamata selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Cawangan PBB Zon Tengah. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Perpaduan PBB tetap kukuh dalam membela nasib rakyat

SIBU, 11 Jan: Semangat dan perpaduan dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) tetap kukuh membela nasib rakyat walaupun pemimpin datang silih berganti.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, PBB merupakan wadah untuk membela masyarakat Bumiputera termasuk di luar bandar.

“Daripada pimpinan apai Jugah, presiden pertama kita hingga ke hari ini. Pimpinan bertukar ganti tetapi semangat PBB dan perpaduannya tetap kukuh untuk membela nasib rakyat Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Cawangan PBB Zon Tengah, di sini hari ini.

Abang Johari menjelaskan, langkah berani yang diambil untuk membentuk Gabungan Parti Sarawak (GPS) berjaya melakar hala tuju Sarawak.

“Selepas pilihan raya 2018. Kita keluar. Kenapa kita keluar daripada Barisan Nasional, kita rasakan bahawa biarlah Sarawak disatukan dalam satu gerakan baharu bernama GPS.

“Mempertahankan hak Sarawak dan melaksanakan dasar yang termaktub dalam MA63. Kita tidak berganjak, kita tidak undur walaupun menghadapi dengan masalah, kita tetap dengan begitu semangat membela rakyat Sarawak dalam linkungan kita. Alhamdulillah, makin hari makin kuat,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan