Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon Tengah memberikan sokongan padu kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Foto Nadim Bokhari (TVS)

PBB Zon Tengah beri sokongan padu kepada Abang Johari

BySalasiah Safian

SIBU, 11 Jan: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon Tengah memberikan sokongan padu kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk terus menerajui parti tersebut dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) demi kestabilan politik Sarawak.

Ahli Majlis Tertinggi PBB Safiee Ahmad berkata, usul yang diterima daripada 24 cawangan PBB Zon Tengah menyatakan supaya jawatan tertinggi PBB dikekalkan dan tidak dipertandingkan.

“Kami ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) meletakkan kepercayaan dan keyakinan penuh kepada kepimpinan PBB dan GPS untuk memimpin Sarawak bagi memastikan hak yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Laporan Inter-Government Committee (IGC) 1962 dan Perlembagaan Persekutuan dikembalikan seperti yang dijanjikan oleh Kerajaan Perpaduan di peringkat persekutuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membacakan rumusan usul yang diterima daripada 24 Cawangan PBB di Zon Tengah pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Cawangan PBB Zon Tengah, di sini hari ini.

Selain itu ahli PBB juga katanya berazam untuk memastikan status dan peranan parti tersebut kekal dominan sebagai tulang belakang kepada GPS dan Kerajaan Sarawak.

“Ahli PBB juga bertekad untuk memastikan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum, agama dan budaya di Sarawak terus dipelihara serta diperkukuh agar masyarakat terus hidup aman, damai dan harmoni,” ujarnya.

Usul lain yang turut dikemukan termasuk pembinaan lebih banyak Skim Pembesaran Kampung (SPK) dikawasan Zon Tengah dan memohon semua SPK yang diluluskan sebelum ini dilaksanakan dengan spesifikasi baharu yang lengkap dengan infrastruktur asas seperti menembok, membina jalan dan pembinaan sistem saliran bagi membantu memudahkan rakyat membina rumah kediaman.

Turut dikemukan usul membabitkan usaha mempercepatkan proses penyukatan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dari Seksyen 6 ke Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri, melaksanakan kajian semula bagi menambah kuota Ahli Majlis Daerah atau Perbandaran mwakiliPBB Sarawak Zon Tengah.

Pada masa sama, PBB Zon Tengah turut mengemukakan usul agar kerajaan memperkenalkan dana inovasi belia untuk menyokong generasi muda yang ingin menjalankan projek komuniti atau inovasi teknologi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan