Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merasmikan Mesyuarat Perwakilan Cawangan Zon Tengah PBB hari ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

PBB utamakan keharmonian kaum

BySalasiah Safian

SIBU, 11 Jan: Dalam mendepani pelbagai cabaran dan perubahan dalam politik, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) tetap berdiri teguh sebagai sebuah parti inklusif yang mengutamakan keharmonian kaum serta memastikan tiada pihak tertinggal dalam arus pembangunan.

Setiausaha Agung PBB Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, parti tersebut juga menjadi asas kukuh kepada kestabilan politik dan sosial di Sarawak.

“Namun, sebagai sebuah parti yang mendalami nilai perpaduan dan keharmonian, kita tidak boleh leka dengan pencapaian sedia ada.

“Kita perlu sentiasa melihat ke depan dan bersedia untuk menghadapi cabaran masa depan yang semakin kompleks dan mencabar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Cawangan PBB Zon Tengah, di sini hari ini.

Malah menurutnya, PBB bukan sahaja sebuah parti yang dekat dengan hati kebanyakan rakyat Sarawak, malah sejak ditubuhkan parti tersebut tidak pernah berpecah.

“Parti ini terus kukuh dan utuh kerana PBB berdiri di atas prinsip perpaduan, kesetiaan dan perjuangan untuk rakyat Sarawak.

“PBB telah membuktikan, political upbringing yang memegang semangat setia kawan dan rasa tanggung jawab bersama dalam mencapai matlamat lebih besar iaitu menjadikan Sarawak sebagai sebuah negeri yang stabil, maju, makmur dan sejahtera dengan mendahulukan kepentingan rakyat Sarawak atau Sarawak First selain terus berkembang sebagai peneraju kepada kestabilan politik di Sarawak,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan