Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian ketika berucap di Majlis Makan Malam bersama Media di Kuching, malam tadi. Foto TVS

Media tradisional dilihat penting dalam era digital – Dr Sim

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 11 Jan: Media tradisional dilihat penting berikutan pengaruh besar media sosial dan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang semakin berkembang.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian berkata, teknologi seperti AI, deepfake, dan pembantu AI boleh memberi kesan besar kepada cara orang ramai menerima dan menafsirkan maklumat.

“Sebagai contoh, saya hanya cuba menjual produk, tetapi tanpa memahami peranan AI, orang mungkin mentafsir sesuatu secara berbeza. Itulah sebabnya penting untuk platform media sosial memainkan peranan mereka secara bertanggungjawab.

“Setiap daripada kita mesti memahami kepentingan melaporkan maklumat dengan betul, bukan hanya menggunakan kandungan secara pasif,” katanya ketika berucap di Majlis Makan Malam bersama Media di sini, malam tadi.

Beliau menambah masyarakat harus sedar tentang apa yang dilihat dan dikongsi bersama dalam memastikan individu bertangggungjawab dalam era digital ini.

Dr Sim mengulas mengenai hantaran beliau di akaun Facebook miliknya mengenai sebuah video ‘deepfake’ tular menggunakan imej dan suara tiruan beliau untuk mempromosikan produk rawatan arthritis palsu pada Khamis.

“Hanya beberapa hari yang lalu, seseorang menyiarkan video wawancara yang saya lakukan dengan TVS pada tahun 2020. Saya tidak pasti bagaimana mereka berjaya melakukannya, tetapi dalam video itu, saya mempromosikan produk dan 34,000 orang akhirnya menontonnya,” katanya lagi.

Hantaran tersebut turut memaparkan dirinya dan penyanyi terkenal tanah air Jaclyn Victor yang berkongsi testimoni mengenai produk yang mampu menyembuhkan penyakit arthritis.

Dalam ucapan sama, sambil mengetengahkan peranan media, Dr. Sim menegaskan bahawa masa depan Sarawak bukan sahaja bergantung kepada teknologi dan inovasi tetapi juga kepada amalan media yang bertanggungjawab.

Katanya, pengamal media hari ini mesti melakukan lebih banyak lagi susulan AI dilihat lebih pantas dan  profesional, tetapi ia masih menjadi tugas pengamal media untuk mempertahankan kepentingan Sarawak.

“Kita perlu menunjukkan kepada dunia bahawa kita mampu mencapai perkara yang hebat dan terpulang kepada kita untuk memastikan suara Sarawak didengari.– TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan