Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Konsulat Jeneral Malaysia di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) mengesahkan bahawa pihaknya tidak menerima sebarang laporan atau permohonan bantuan daripada rakyat Malaysia yang terjejas akibat kebakaran besar di kawasan itu. Foto AFP

Konsulat Jeneral Los Angeles sahkan tiada rakyat Malaysia terjejas akibat kebakaran besar di California

ByBernama

KUALA LUMPUR, 11 Jan: Konsulat Jeneral Malaysia di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) mengesahkan bahawa pihaknya tidak menerima sebarang laporan atau permohonan bantuan daripada rakyat Malaysia yang terjejas akibat kebakaran besar di kawasan itu.

Menurut kenyataan Kementerian Luar pada Sabtu, Konsulat Jeneral telah mengambil langkah proaktif bagi memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia yang menetap di kawasan terjejas atau berhampiran.

Ia turut menyatakan Konsul Jeneral Malaysia, Anil Fahriza Adenan bersama Pengarah Pendidikan Malaysia di Los Angeles, Mahfuz Mohd Ramli, baru-baru ini bertemu dengan beberapa pelajar Malaysia untuk menilai keadaan mereka serta memberikan jaminan kepada mereka dalam menghadapi situasi mencabar ini.

Kementerian berkata Konsulat Jeneral akan terus memantau situasi ini dengan rapi dan bersedia memberikan bantuan sekiranya diperlukan.

Sejak Khamis, Los Angeles dilanda kebakaran besar yang memusnahkan komuniti setempat, meranapkan ribuan struktur, dan mengorbankan sekurang-kurangnya 11 orang.

Kebakaran itu telah memusnahkan kawasan seluas 6,974.35 hektar di sekitar kawasan kejiranan mewah Pacific Palisades berhampiran pantai, menjejaskan lebih 180,000 orang.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis menyampaikan ucapan takziah kepada mereka yang terkesan akibat kebakaran hutan yang dahsyat di California Selatan, AS. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan