KUALA LUMPUR, 11 Jan: Kerajaan sedang meneliti cadangan untuk meminda undang-undang berkaitan kuasa digital bagi mengawal media sosial dalam menangani scamĀ atauĀ penipuan dalam talian.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cadangan pindaan itu antara lainĀ memasukkan syarikat telekomunikasi atauĀ telcoĀ sebagai antara pihak yang bertanggunjawab untuk mengekang jenayah berkenaan dengan dikoordinasikan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
āBNM sedang koordinasi,Ā telcoĀ sudah dimaklumkan (mengenai) cadangan untuk pinda kuasa digital bagi mengawal media sosial kerana melalui media sosial, ada penipuan kewangan dan lain-lain.
āJadi, hal ini sedang diperhatikan. Tetapi, kebimbangan kita ada reaksi (yang) nampak seperti (cadangan pindaan) undang-undang itu terlalu ketat. Namun, kita perlu melihat perkara itu,ā katanya.
Anwar berkata demikian ketika menjadi moderator dalam Forum Ilmuwan Malaysia MADANI KPT Siri 4: Menggunakan Teknologi dalam Perkhidmatan Kewangan bagi Memacu Kemakmuran dan Keterangkuman, di sini malam ini.
Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank Datuk Khairussaleh Ramli yang merupakan antara panel forum itu meminta supayaĀ telcoĀ menjadi antara pihak yang bertanggungjawab terhadap jenayahĀ scamĀ dalam talian dan bukan di pihakĀ bank semata-mata, seperti yang dilaksanakan di Singapura.
āApabila anda melihat penipuan dalam talian, dari segi rantaian nilai, ia bukan hanya melibatkan bank. Sebelum mereka (pelanggan) ingin berurusan dengan bank, mereka membeli telefon dan talian telefon. Semua transaksi ini melalui talian telefon, (jadi)Ā telcoĀ juga perlu mengambil tanggungjawab.
“Di Singapura contohnya, mereka mengawal selia dan pihak berkuasa turut melibatkanĀ telcoĀ sebagai pihak yang bertanggungjawab kerana apabila anda melihat pada telefon, anda sudah tahu siapa pemilik berdaftar.
“Kalau ada apa-apa keraguan, kita boleh dapat maklumat terus daripadaĀ telcoĀ untuk mengetahui siapa pemiliknya ā¦Ā malangnya, kita tidak mendapat bantuan ini. Saya ingin memohon sekali lagi dan juga kepada BNM, supayaĀ telcoĀ turut menjadi sebahagian daripada usaha ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan peserta mengenai jenayah penipuanĀ dalam talian yang semakin serius di Malaysia memandangkan mangsa kebanyakannya rakyat biasa dengan nilai kerugian mencecah lebih RM1 bilion.
Turut menjadi panel dalam program berkenaan ialahĀ Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan yang juga Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Funding Societies Malaysia Wong Kah Meng.
Hadir sama ke forum itu ialah Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
Dalam sidang media hari ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata lebih RM3.1 bilion kerugian direkodkan sepanjang tahun lepas akibat kes jenayah komersial.
Daripada jumlah itu, beliau berkata sebanyak 35,368 kes penipuan dalam talian dengan kerugian mencecah RM1.57 bilion turut dicatatkan pada 2024. ā TVS