Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kerajaan MADANI terus komited dalam merencana dan melaksanakan segala usaha bagi memperkukuh ekonomi negara dan sosioekonomi rakyat. Foto fail Bernama

Kerajaan MADANI komited perkukuh ekonomi negara, sosioekonomi rakyat – PM Anwar

ByBernama

KUALA LUMPUR, 11 Jan: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kerajaan MADANI terus komited dalam merencana dan melaksanakan segala usaha bagi memperkukuh ekonomi negara dan sosioekonomi rakyat.

Menerusi perkongsian di Facebook, beliau berkata kerajaan turut memperhebat citra negara selaku Pengerusi ASEAN pada tahun ini demi kemakmuran bersama rantau ini.

Anwar berkata kunjungan tiga pemimpin luar ke Malaysia, iaitu Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong, Presiden Indonesia Prabowo Subianto dan Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba pada minggu ini penuh bermakna kepada negara ke arah meneroka kerjasama baharu.

“Alhamdulillah, minggu yang penuh bermakna dan produktif buat Malaysia apabila kita menerima kunjungan pemimpin negara-negara sahabat Singapura, Indonesia dan Jepun.

“Selain mengukuhkan lagi hubungan erat yang sedia terjalin, pertemuan dan perbincangan tertumpu kepada lembaran kerjasama baharu yang memberi manfaat kepada rakyat dan negara,” katanya dalam catatan itu.

Malaysia secara rasmi memegang jawatan Pengerusi ASEAN pada 1 Jan 2025 menandakan kali kelima memegang jawatan itu selepas 1977, 1997, 2005 dan 2015. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan