Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kemboja menarik pelaburan aset tetap berjumlah US$6.9 bilion pada 2024, meningkat 40 peratus berbanding US$4.92 bilion tahun sebelumnya. Foto hiasan Envato

Kemboja tarik US$6.9 bilion pelaburan aset tetap pada 2024, naik 40 peratus

ByBernama

PHNOM PENH, 11 Jan: Kemboja menarik pelaburan aset tetap berjumlah US$6.9 bilion pada 2024, meningkat 40 peratus berbanding US$4.92 bilion tahun sebelumnya, menurut kenyataan Majlis Pembangunan Kemboja (CDC) pada Sabtu, lapor Xinhua.

Negara Asia Tenggara itu meluluskan 414 projek pelaburan tahun lepas, yang dijangka mewujudkan kira-kira 320,000 pekerjaan, kata CDC, sambil menambah bahawa China kekal sebagai pelabur asing utama di negara ini.

Projek baharu itu terutamanya tertumpu pada sektor pakaian, barangan kembara dan kasut, pembangunan hotel, stesen janakuasa hidroelektrik, pelabuhan air tawar, loji tenaga suria, pertanian, taman tema, kilang tayar kereta, zon ekonomi khas, infrastruktur, dan telekomunikasi, antara lain.

Setiausaha Agung Lembaga Pelaburan Kemboja CDC Chea Vuthy berkata 10 daripada projek yang diluluskan tahun lepas memberi tumpuan kepada penubuhan zon ekonomi khas dengan gabungan modal kira-kira US$850 juta, yang berpotensi menjana kira-kira 4,000 pekerjaan.

“Pertumbuhan pelaburan yang tinggi tahun lepas membuktikan kepimpinan Kerajaan Kemboja di bawah Perdana Menteri Hun Manet adalah tepat,” katanya. “Kami optimis aliran pelaburan ke Kemboja akan terus meningkat.”

Setiausaha Negara dan Jurucakap Kementerian Perdagangan Penn Sovicheat berkata Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan perjanjian perdagangan bebas (FTA) dua hala Kemboja dengan China, Korea Selatan, dan Emiriah Arab Bersatu merupakan faktor utama menarik pelaburan langsung asing ke negara ini.

“FTA serantau dan dua hala ini menjadi magnet bagi pelabur asing ke Kemboja,” katanya kepada Xinhua. “Pelaburan baharu ini akan membawa modal, teknologi, dan peluang pekerjaan baharu untuk rakyat kami.” -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan