Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sibu bakal menjadi kawasan pertama di Sarawak yang memiliki jalan raya bertingkat (elevated road) dalam usaha mempertingkatkan akses pengangkutan darat kepada penduduk. Foto Mohamad Gustie (TVS)

Jalan Teku Pasai Siong-Kemuyang, jalan bertingkat pertama di Sarawak

ByAdlina Rahman

SIBU, 11 Jan: Sibu bakal menjadi kawasan pertama di Sarawak yang memiliki jalan raya bertingkat atau elevated road dalam usaha mempertingkatkan akses pengangkutan darat kepada penduduk.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, projek pembinaan jalan raya menghubungkan Jalan Teku Pasai Siong ke Kemuyang itu merupakan satu projek yang bermakna bagi rakyat Sibu terutama bagi penduduk Kemuyang dan ia dianggarkan menelan kos sebanyak RM89 juta.

“Skop projek ini adalah pembinaan jalan raya biasa sepanjang 700 meter dan ia adalah jalan raya bertingkat yang pertama di Sarawak. Keperluan untuk membina jalan bertingkat itu menjadi realiti hari ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Jalan Teku Pasai Siong ke Kemuyang, Sibu.

Uggah berkata, ia turut di bina menggunakan teknologi baharu untuk memastikan jalan raya itu kukuh iaitu dengan menggunakan kaedah Pemodelanan Maklumat Bangunan (BIM) dalam merancang pembinaannya.

“Sibu mempunyai banyak kawasan, jadi kita perlu mempertimbangkan pendekatan baharu ini iaitu jalan raya elevated. Sebagai contoh, apabila memandu dari Lapangan Terbang Sibu ke bandar, perjalanan terasa agak lama. Pada masa lalu, kita gembira kerana ada jalan raya tetapi sekarang tiba masanya untuk mengadaptasi teknologi baharu. Kami merancang program untuk Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bagi melihat negara luar sebagai usaha mempelajari struktur, teknologi dan yang paling penting mengurangkan separuh kos berbanding dengan penyelesaian yang ada sekarang,” ujarnya.

Untuk rekod, sebanyak 17 projek jalan raya di Sibu dengan peruntukan sebanyak RM826 juta diluluskan di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan