Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rakyat Palestin berkumpul menerima bantuan termasuk bekalan makanan disediakan Program Makanan Sedunia di luar pusat pengedaran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Jabalia, utara Semenanjung Gaza. Foto Reuters

Israel terus menghalang bantuan penting ke utara Gaza, menurut PBB

ByBernama

NEW YORK, 10 Jan: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat melaporkan bahawa pihak berkuasa pndudukan Israel terus menghalang bantuan penting daripada sampai kepada mereka yang memerlukan di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

“OCHA melaporkan bahawa pihak berkuasa Israel terus menafikan usaha yang diketuai PBB untuk menyampaikan bantuan penting ke wilayah utara Gaza. Ini termasuk percubaan terbaru hari ini,” menurut Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA).

“Di seluruh Gaza semalam, hanya 10 daripada 21 pergerakan kemanusiaan yang dirancang PBB telah difasilitasi oleh pihak berkuasa Israel. Tujuh dinafikan secara terang-terangan, tiga dihalang, dan satu dibatalkan atas alasan keselamatan dan cabaran logistik,” katanya.

Organisasi PBB itu menyuarakan kebimbangan mendalam mengenai “kesan bekalan bahan api yang semakin berkurangan terhadap perkhidmatan penting di Gaza.”

“Penyedia telekomunikasi Palestin kini memberi amaran bahawa perkhidmatan mereka mungkin terpaksa dihentikan esok akibat kekurangan bahan api,” menurut laporan itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan