Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, merasmikan Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Cawangan-Cawangan Zon Tengah Parti PBB Sarawak, di Stadium Tertutup Sibu hari ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Generasi muda pelapis legasi perjuangan PBB

BySalasiah Safian

SIBU, 11 Jan: Generasi muda merupakan pemimpin masa depan yang mewarisi legasi perjuangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bagi mengembangkan visi dan strategi parti itu bagi memajukan Sarawak.

Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mahu golongan itu memainkan peranan mereka dalam membawa perubahan dan kelangsungan perjuangan PBB.

“Mereka bukan sahaja mewarisi legasi perjuangan, tetapi juga menjadi peneraju dalam mengembangkan visi dan strategi baharu untuk memajukan Sarawak.

“Generasi muda PBB perlu menggalas tanggungjawab dengan penuh kesedaran dan semangat juang yang tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Cawangan Zon Tengah di sini, hari ini.

Tambahnya lagi, generasi muda ini harus menjadi agen perubahan, penggerak inovasi, dan pembawa idea segar untuk memastikan Sarawak sentiasa berada di landasan yang betul dalam pembangunan ekonomi, sosial dan politik.

Melalui program-program keusahawanan, pendidikan, dan teknologi, menurutnya generasi muda PBB berperanan penting dalam memastikan Sarawak bukan sahaja terus relevan dalam konteks global tetapi juga berdaya saing di peringkat antarabangsa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan