Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jumlah mangsa banjir malam ini terus meningkat di Johor selepas Johor Bahru menjadi daerah terkini dilanda bencana alam itu manakala di Perak, jumlah mangsa berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) tidak berubah. Foto fail Bernama

Banjir: Mangsa di Johor terus meningkat, Perak kekal, malam ini

ByBernama

KUALA LUMPUR, 11 Jan: Jumlah mangsa banjir malam ini terus meningkat di Johor selepas Johor Bahru menjadi daerah terkini dilanda bencana alam itu manakala di Perak, jumlah mangsa berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) tidak berubah.

Setakat 8 malam ini, mangsa yang berlindung di 33 PPS di semua lima daerah terkesan di JOHOR meningkat kepada 2,524 daripada 722 keluarga, berbanding 1,597 orang daripada 489 keluarga petang tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Tan Sri Dr Azmi Rohani dalam kenyataan memaklumkan sembilan PPS baharu dibuka iaitu Dewan Raya Kampung Murni Jaya, Kulai; Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Bunian, Pontian serta Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kahang dan SK Seri Kencana, Kluang.

Selain itu, lima PPS dibuka di Johor Bahru iaitu SK Nam Heng, Dewan Muafakat Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, SJKC Pu Sze, SK Bukit Mutiara dan Dewan Majlis Bandaraya Johor Bahru Kampung Ulu Pandan, katanya.

Menurut Azmi, enam sungai dilaporkan melepasi paras bahaya iaitu Sungai Lenik di Ladang Chaah, Batu Pahat dengan bacaan 6.06 meter (m), Sungai Kahang di Kampung Contoh, Kluang (15.63 m) dan Sungai Siam di Kampung Sungai Siam (21.87 m).

Selain itu, Sungai Ulu Pontian Besar di Kampung Melayu Bukit Batu (12.08 m) di Kulai, Sungai Skudai di Kampung Laut (4.54 m) di Johor Bahru serta Sungai Sedili Kecil (2.53 m) di Kota Tinggi.

Beliau berkata keadaan cuaca di kesemua 10 daerah di Johor diramalkan mendung malam ini.

Di PERAK, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dalam kenyataan memaklumkan jumlah mangsa banjir malam ini kekal seperti petang tadi dengan 30 orang daripada lapan keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Agama Rakyat Padang Serai di Beruas, Manjung.

“Kesemua mangsa yang berlindung di PPS berkenaan sejak Khamis lalu akibat terjejas banjir ialah penduduk dari Kampung Padang Serai, Kampung Kasi serta Kampung Pengkalan Damar,” menurut sekretariat berkenaan.

Jabatan Pengairan dan Saliran Perak pula memaklumkan paras air Sungai Rui di daerah Hulu Perak berada pada paras berjaga-jaga iaitu 165.44m berbanding paras normal 165.10m. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan