Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kebakaran besar yang melanda kawasan Pacific Palisades dan Altadena telah memusnahkan lebih 35,000 ekar tanah, meranapkan ribuan bangunan dan mengorbankan 10 nyawa sekali gus mengakibatkan kira-kira 153,000 orang kini berada di bawah perintah pemindahan wajib, menjadikan keperluan untuk komunikasi yang tepat lebih kritikal. Foto AFP

Amaran palsu pemindahan di Los Angeles cetus kekecohan

ByConnie Grace

LOS ANGELES, AMERIKA SYARIKAT, 11 Jan: Pihak berkuasa di Los Angeles memohon maaf atas amaran pemindahan palsu yang mencetuskan panik di bandar itu ketika ia sedang menghadapi krisis kebakaran hutan yang terburuk dalam sejarah.

Memetik sumber dari AFP, kesilapan teknikal dalam sistem amaran automatik menyebabkan ribuan penduduk menerima mesej kecemasan yang tidak relevan dengan lokasi mereka.

“Amaran kecemasan dihantar ke telefon bimbit berjuta-juta orang pada Khamis petang dan sekali lagi pada pagi Jumaat dengan mesej yang menggesa penduduk untuk bersiap sedia berpindah.

“Namun, ramai penduduk di kawasan yang jauh dari zon bahaya turut menerima amaran tersebut, menyebabkan kekeliruan dan kebimbangan meluas,” kata pihak berkuasa tempatan negera tersebut.

Kebakaran besar yang melanda kawasan Pacific Palisades dan Altadena telah memusnahkan lebih 35,000 ekar tanah, meranapkan ribuan bangunan dan mengorbankan 10 nyawa sekali gus mengakibatkan kira-kira 153,000 orang kini berada di bawah perintah pemindahan wajib, menjadikan keperluan untuk komunikasi yang tepat lebih kritikal.

Namun, sistem amaran tersebut gagal berfungsi dengan baik. Dalam satu kes, amaran palsu berkaitan “Kebakaran Kenneth” dihantar ke seluruh kawasan yang tidak terjejas, sebelum pembetulan dihantar 20 minit kemudian. Kesalahan serupa berlaku lagi pada pagi Jumaat, menambah tekanan kepada penduduk yang sudah berada dalam keadaan berjaga-jaga.

Pengarah Pejabat Pengurusan Kecemasan Los Angeles County, Kevin McGowan memohon maaf atas kesilapan itu.

“Kesilapan ini telah menyebabkan kekeliruan, ketakutan, dan kemarahan. Saya sangat menyesal atas apa yang berlaku,” katanya.

Beliau berjanji akan bekerjasama dengan pakar untuk mengenal pasti punca masalah dan memastikan ia tidak berulang.

Walaupun kesilapan itu menimbulkan rasa tidak puas hati, pakar yang juga seorang profesor pengurusan bencana, Chris Sheach menekankan kepentingan sistem amaran ini.

“Walaupun ada kelemahan, sistem ini telah menyelamatkan banyak nyawa. Di era sebelum ini, kita hanya bergantung kepada trak bomba dan pembesar suara untuk memberi amaran kepada penduduk,” katanya.

Pihak berkuasa menekankan pentingnya warga tidak mematikan fungsi amaran di telefon bimbit mereka walaupun terdapat insiden ini. Amaran ini sangat penting dalam menyelamatkan nyawa, terutama dalam situasi darurat seperti ini,” tambah McGowan.

Kesilapan ini menjadi peringatan bagi pihak berkuasa untuk memperbaiki sistem amaran mereka, memastikan kepercayaan rakyat terus terjaga. Di tengah-tengah bencana, kejelasan dan ketepatan maklumat boleh menjadi perbezaan antara keselamatan dan tragedi.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan