Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Natasha Roslan, wanita Malaysia pertama raih Piala Dunia 2025. Foto Bernama

Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Natasha juarai Kejohanan Piala Dunia 2025

ByBernama

KUALA LUMPUR, 11 Jan: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan ucapan tahniah kepada Natasha Roslan yang menjadi atlet boling wanita pertama negara merangkul kejuaraan Kejohanan Piala Dunia 2025 di Kowloon, Hong Kong semalam.

Menerusi hantaran di Facebooknya hari ini, Ahmad Zahid berharap agar Natasha meneruskan pencapaian untuk kejayaan lebih gemilang pada masa hadapan.

“Tahniah Natasha Roslan atas kejayaan merangkul kejuaraan Piala Dunia Persekutuan Boling Antarabangsa (IBF) 2025 di Kowloon, Hong Kong.

“Teruskan usaha melakar lebih banyak lagi kejayaan buat negara. Anda membanggakan kami,” katanya.

Ahmad Zahid turut mengucapkan tahniah kepada Muhammad Rafiq Ismail yang meraih pingat perak bagi acara boling perseorangan lelaki.

“Saya doakan yang terbaik kepada pasukan boling tanah air agar mencapai lebih kejayaan yang gemilang, insya-Allah,” katanya.

Natasha, 28, yang juga pemenang pingat emas Kejohanan Tenpin Boling Dunia 2023 muncul juara selepas menewaskan peserta Jerman Birgit Noreiks 217-166, 226-169 pada aksi final.

Kejayaan itu sekali gus menamatkan kemarau 53 tahun negara tanpa kejuaraan kategori individu wanita dalam kejohanan berkenaan sejak dipertandingkan pada 1972.

Sementara itu, dalam final individu lelaki, bekas juara dunia 2018 Muhammad Rafiq Ismail terlepas kejuaraan kepada wakil China Du Jian Chao. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan