Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemandangan udara ini menunjukkan Masjid Umayyah abad ke-8 dan tiga menaranya di bandar lama Damsyik pada 1 Januari 2025. Foto AFP

3 maut, 5 cedera dalam rempuhan di Masjid Umayyad, Syria

ByBernama

DAMSYIK, 11 Jan: Tiga wanita maut manakala lima kanak-kanak mengalami patah tulang dan lebam serius dalam insiden rempuhan di Masjid Umayyad, ibu negara Syria, pada Jumaat ketika cuba mendapatkan makanan percuma dalam satu program kebajikan, lapor Xinhua yang memetik Pertahanan Awam Syria.

Kejadian berlaku semasa satu jamuan anjuran tukang masak terkenal, Abu Omari al-Dimashqi, yang menjemput orang ramai untuk menikmati hidangan percuma di pekarangan masjid bersejarah itu di Bandar Lama Damsyik.

Sumber tempatan dan saksi melaporkan orang ramai membanjiri pekarangan masjid dan kawasan sekitar tanpa kawalan orang awam yang mencukupi, menyebabkan situasi menjadi huru-hara.

Anggota keselamatan tiba di lokasi kejadian dan menutup jalan untuk mengawal kemasukan orang ramai.

Masjid Umayyad, satu daripada mercu tanda ikonik Damsyik, biasanya menganjurkan acara keagamaan dan kebudayaan. Perhimpunan awam berskala besar jarang diadakan di situ dan biasanya memerlukan penyelarasan awal dengan pihak berkuasa tempatan.

Struktur keselamatan dan perkhidmatan awam di bandar itu masih dalam proses penyesuaian selepas pergolakan politik yang berlaku baru-baru ini, susulan kejatuhan mengejut Kerajaan Syria terdahulu pada Disember lepas. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan