Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar edaran yang dikeluarkan oleh pejabat akhbar Tentera Udara Colombia menunjukkan anggota Tentera Udara di sebelah serpihan pesawat yang terhempas di kawasan luar bandar Urrao, wilayah Antioquia, Colombia pada 10 Januari 2025. Foto AFP

10 maut dalam nahas pesawat di Colombia

ByBernama

BOGOTA, 11 Jan: Sekurang-kurangnya 10 orang maut selepas sebuah pesawat kecil terhempas di barat laut Colombia, menurut pihak berkuasa pada Jumaat, lapor Xinhua.

Pesawat yang dikendalikan oleh Pacifica Travel itu dilaporkan hilang pada Rabu ketika dalam penerbangan dari Jurado ke Medellin dan terhempas di kawasan luar bandar Urrao, sebuah kawasan perbandaran di Antioquia, barat laut Colombia.

Dua kru dan lapan penumpang berada di dalam pesawat semasa kejadian.

“Malangnya, tiada mangsa terselamat. Kami mempunyai 37 anggota yang bertugas di lokasi dan sedang mempercepat fasa kedua, termasuk usaha membawa keluar mayat,” kata Pengarah Jabatan Pengurusan Risiko Antioquia, Carlos Rios Puerta.

Beliau berkata keadaan cuaca buruk menyukarkan proses pemulihan.

Pacifica Travel dalam satu kenyataan menyatakan komitmennya untuk menyokong keluarga mangsa.

“Kami akan sentiasa bersama mereka, memberikan bantuan dan memenuhi setiap keperluan daripada peristiwa tragis ini.”

Sementara itu, Kementerian Pengangkutan dan pihak berkuasa penerbangan awam turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang telah berkumpul di lapangan terbang Medellin. Pihak berkuasa penerbangan awam juga telah melancarkan siasatan bagi menentukan punca nahas berkenaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan