Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan Sabah akan terus memperjuangkan tuntutan hak Sabah dan Sarawak yang telah termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dengan menuntut dua pertiga kerusi Parlimen untuk kedua-dua wilayah.

Tuntutan kuota satu pertiga kerusi Parlimen Sabah, Sarawak imbangi perwakilan

ByMuqri Aziz

KUCHING, 10 Jan: Kerajaan Sabah komited memperjuangkan tuntutan hak negerinya serta Sarawak seperti yang telah termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) termasuk tuntutan kuota satu pertiga bilangan kerusi Parlimen untuk kedua-dua wilayah terbabit.

Peguam Besar Sabah, Datuk Brenndon Keith Soh berkata tuntutan itu merupakan sebahagian daripada keputusan yang dicapai oleh pemimpin terdahulu bagi melindungi hak perlembagaan dan memastikan suara kedua-dua wilayah Borneo lebih dominan dalam hala tuju negara.

“Apabila Singapura keluar dari Persekutuan Malaysia pada 1965, 15 kerusi mereka tidak diagihkan semula kepada Sabah dan Sarawak, sebaliknya dipulangkan kepada Malaya.

“Kita harus melihat isu ini melalui perspektif ‘pembinaan negara’ – dan dengan sokongan daripada Peguam Negara masing-masing, saya optimis bahawa dengan perbincangan yang berterusan dan kemahuan politik, kemajuan selanjutnya dalam isu ini akan dapat dicapai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pembukaan Tahun Perundangan Sabah dan Sarawak 2025 yang berlangsung di Hikmah Exchange Event Centre (HEEC) hari ini.

Tuntutan kuota satu pertiga kerusi Parlimen Sabah, Sarawak imbangi perwakilan | TVS

Turut hadir Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat; Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Datuk Amar Abang Iskandar Abang Hashim; Hakim Besar Malaya, Datuk Seri Hasnah Dato Mohammed Hashim; Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abdul Rahman Sebli dan Peguam Besar Sarawak, Dato Sri Saferi Ali;.

Brenndon dalam pada itu menyifatkan tuntutan yang dikemukakan oleh Sabah dan Sarawak kepada Putrajaya sebelum ini telah membuahkan hasil ekoran sebanyak 11 tuntutan berjaya diselesaikan.

Antara 11 tuntutan yang berjaya diselesaikan termasuklah pemberian autonomi kepada Jabatan Kerja Raya sebagai jabatan teknikal negeri, pemindahan peranan kawal selia elektrik dan gas kepada Sabah, serta penyertaan wakil Sabah dan Sarawak dalam Lembaga Hasil Dalam Negeri melalui pindaan Akta LHDN.

Tambahnya, dengan perbincangan yang berterusan, tuntutan itu diharap akan membuahkan hasil, menjamin keadilan untuk Sabah dan Sarawak serta mengukuhkan kesatuan negara. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan