Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Aksi pemain beregu negara Man Wei Chong dan Tee Kai Wun (kiri) ketika menentang pemain dari Perancis Christo Popov dan Toma Junior Popov pada Kejohanan Petronas Terbuka Malaysia di Axiata Arena Bukit Jalil hari ini. Foto Bernama

Terbuka Malaysia: Wei Chong-Kai Wun melangkah ke separuh akhir

ByBernama

KUALA LUMPUR, 10 Jan: Pasangan beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun melangkah ke pentas separuh akhir badminton Terbuka Malaysia buat julung kali selepas menundukkan pasangan adik-beradik Christo Popov dan Toma Junior Popov dari Perancis pada suku akhir edisi 2025 di sini hari ini.

Aksi cemerlang yang dipamerkan Wei Chong-Kai Wun sejak awal permainan membolehkan mereka memenangi set pertama 21-15.

Pasangan nombor 14 dunia itu meneruskan aksi cemerlang apabila berjaya menang straight set dengan keputusan 21-11 pada set kedua yang mengambil masa 31 minit sekali gus menceriakan ribuan penyokong yang berada di Axiata Arena, Bukit Jalil di sini.

Wei Chong-Kai Wun yang sebelum ini tersingkir pada pusingan pembukaan Terbuka Malaysia tiga kali berturut-turut sejak penampilan sulung mereka pada edisi 2022 bakal bertemu pasangan dari China Chen Bo Yang-Liu Yi pada separuh akhir, esok.

Bo Yang-Liu Yi yang berada di ranking ke-18 dunia mengalahkan gandingan Ben Lane-Sean Vendy dari Great Britain 21-17, 21-17.

Berdasarkan rekod pertemuan, kedua-dua pasangan hanya bertemu sekali dengan kelebihan kepada pasangan negara yang pernah menewaskan Bo Yang-Liu Yi 21-15, 21-12 pada Kejohanan Badminton Asia 2024 di Ningbo, China.

Kai Wun berpuas hati kerana strategi jurulatih mereka membuahkan hasil apabila berjaya menyingkirkan pasangan Christo-Toma Junior.

“Saya gembira kerana apa yang dijalani semasa latihan dapat dilakukan dengan lebih bagus hari ini,” katanya kepada pemberita.

Mengenai perlawanan esok, Wei Chong berkata mereka perlu melakukan persediaan rapi memandangkan lawan merupakan pasangan yang hebat.

Sementara itu, pasangan beregu lelaki profesional negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi gagal kecundang di gelanggang sendiri apabila tunduk kepada pilihan ketujuh Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dari India 26-24, 21-15 dalam masa 50 minit.

Ee Yi mengakui terpaksa bertungkus lumus untuk menyekat aksi bertenaga Satwiksairaj-Chirag terutamanya selepas perlawanan memasuki set kedua.

Yew Sin berkata walaupun cuba berusaha menyesuaikan diri dengan perubahan strategi pasangan nombor sembilan dunia itu namun gagal mengatasi lawan.

Selain Wei Chong-Kai Wun turut mara ke separuh akhir dua beregu campuran Malaysia Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dan Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan