Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anwar dan Ishiba mengadakan sidang media bersama selepas mesyuarat di Putrajaya hari ini. Foto Amiruddin (TVS)

Sarawak, Jepun jalin kerjasama pembangunan tenaga alternatif, hidrogen

ByAmirah Shawel

PUTRAJAYA, 10 Jan: Jepun memberi komitmen untuk bekerjasama dengan Sarawak dalam pembangunan pelbagai sektor tenaga boleh baharu di rantau ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jelas Perdana Menteri, jaminan itu diberikan oleh rakan sejawatnya Sigeru Ishiba pada mesyuarat membabitkan pemimpin kedua – dua negara hari ini.

Tambah Anwar, perkara itu akan diusahakan segera dengan mesyuarat seterusnya dijadual pada Mei di Tokyo, Jepun atau Kuala Lumpur.

“(Kita juga mendapat jaminan daripada) Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk menjayakan kerjasama ini.

“Inisiatif baharu (sektor tenaga boleh baharu ini) oleh Sarawak akan melibatkan kerjasama PETROS dengan PETRONAS untuk mengusahakan tenaga alternatif dan hidrogen,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Ishiba selepas Mesyuarat Bilateral Malaysia-Jepun di Kompleks Perdana Putra di sini, hari ini.

Turut hadir, Abang Johari, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin.

Sementara itu, Ishiba berkata selain dalam sektor hidrogen, pihaknya juga ingin menjalinkan kerjasama dalam pembangunan ammonia dan penjanaan tenaga untuk turbin gas dengan Sarawak.

Ishiba berkata ini adalah bagi memperkukuh keselamatan tenaga Jepun dan usaha ke arah penyahkarbonan.

“Kerajaan Jepun ingin bergerak ke hadapan menerusi kerjasama ini dalam sektor ammonia dan janaan elektrik untuk turbin gas, penangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS), selain hidrogen dan minyak dan gas,” katanya.

Ishiba kini dalam lawatan rasmi selama dua hari ke Malaysia yang bermula semalam. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan