Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rusia menyambut baik penyertaan Indonesia sebagai anggota penuh BRICS, yang dijangka akan memperkukuh lagi penyatuan Selatan Global dan Timur, kata Kementerian Luar Rusia pada Khamis. Foto Reuters

Rusia sambut baik Indonesia sertai BRICS sebagai anggota penuh – Kementerian Luar

ByBernama

MOSCOW, 9 Jan: Rusia menyambut baik penyertaan Indonesia sebagai anggota penuh BRICS, yang dijangka akan memperkukuh lagi penyatuan Selatan Global dan Timur, kata Kementerian Luar Rusia pada Khamis, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Brazil, yang mengambil alih jawatan Pengerusi bergilir blok itu mulai 1 Jan, mengumumkan penyertaan Indonesia sebagai anggota penuh BRICS pada 6 Jan lalu.

“Rusia mengalu-alukan penyertaan Republik Indonesia ke dalam BRICS sebagai negara anggota penuh bermula 1 Jan 2025. Calon Indonesia telah dibentangkan dan diluluskan secara sementara dalam ‘gelombang pertama’ peluasan blok ini pada sidang kemuncak di Johannesburg, Afrika Selatan, pada 2023. Bagaimanapun, berikutan pilihan raya presiden yang akan diadakan pada 2024, rakan Indonesia kami memutuskan untuk menangguhkan permohonan rasmi Jakarta sehingga ketua negara yang baharu dilantik dan kerajaan baharu dibentuk,” menurut kenyataan itu.

Permohonan Indonesia itu telah diluluskan secara sebulat suara oleh semua ahli BRICS, kata kementerian tersebut.

“Penyertaan Indonesia ke dalam BRICS akan terus mengukuhkan kewibawaan blok ini dan dengan konsisten menyatukan Selatan Global dan Timur untuk membentuk satu tatanan dunia multipolar yang lebih adil dan seimbang,” tambah kementerian itu.

BRICS adalah sebuah persatuan antarabangsa yang ditubuhkan pada 2006. Selain Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan, BRICS kini turut dianggotai oleh Mesir, Ethiopia, Iran, Emiriah Arab Bersatu dan Indonesia. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan