Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi pada Majlis Pecah Tanah Projek Jalan Baharu Jambatan Baleh, Rumah Belaja Nanga Benin, SK Nanga Pelagus dan Pelagus Resort di Baleh, hari ini. Foto Alexander Nanta Linggi (FB)

Projek jalan baharu jambatan Baleh manfaatkan lebih 2,000 penduduk

ByFebbright James

BALEH, 10 Jan: Lebih 2,000 penduduk dari lima kawasan rumah panjang di sekitar perkampungan Baleh bakal menerima manfaat apabila projek jalan baharu Jambatan Baleh siap pada April 2027.

Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi, berkata projek pembinaan jalan sepanjang tujuh kilometer yang melibatkan dua jambatan itu menelan belanja kira-kira RM70 juta.

Projek tersebut ditender semula untuk dilaksanakan oleh kontraktor baharu kerana kontraktor asal telah ditamatkan kontraknya.

Katanya, meskipun jarak pembinaan jalan bagi projek ini agak pendek, ia memerlukan peruntukan besar dan tempoh masa selama tiga tahun kerana bentuk permukaan muka bumi di kawasan berkenaan mencabar.

“Jalan ini akan memanfaatkan lima rumah panjang atau perkampungan yang terletak agak terpencil dan tiada jalan penghubung, selain menggunakan jalan balak.

“Apabila projek ini siap nanti, ia akan menjadi pelengkap kepada projek-projek lain yang sedang disiapkan,” katanya pada Majlis Pecah Tanah Projek Jalan Baharu Jambatan Baleh di Rumah Belaja Nanga Benin, SK Nanga Pelagus dan Pelagus Resort di bawah Upper Rajang Development Agency (URDA) bagi Fasa 1, Seksyen 1 di sini, hari ini.

Beliau turut menegaskan kepada kontraktor-kontraktor yang dilantik supaya menyiapkan projek dengan sempurna dalam tempoh masa yang ditetapkan.

“Elakkan daripada membuat pelanjutan tempoh, dan kalau boleh disiapkan lebih awal, ia sudah pastinya akan membantu menjimatkan kewangan kerajaan.

“Kalau kita lihat, ada satu lagi projek yang dilaksanakan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. Projek ini akan memudahkan rakyat yang ketika ini terpaksa menggunakan laluan balak kerana perkampungan di sini agak terpencil,” katanya.

Nanta, yang juga Ahli Parlimen Kapit merangkap Pengerusi URDA, berkata beliau akan memastikan beberapa lagi projek pembinaan infrastruktur dan jalan raya di bawah URDA mendapat peruntukan yang sewajarnya bagi menyempurnakan jaringan jalan di kawasan ini.

Beliau yakin apabila beberapa projek di kawasan sekitar berjaya disiapkan dalam tempoh dua atau tiga tahun ini, ia akan memberi manfaat kepada penduduk bermula dari Kapit hingga ke Belaga.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan