Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri beramah mesra bersama kanak-kanak pada Majlis Pelancaran Plak Pendaftaran Taska di Taska Seri Kandi Jabatan Audit Negara, Kompleks F, Putrajaya di sini, hari ini. Foto Bernama

Permohonan pendaftaran taska terpalit kes penderaan, kematian diteliti semula – Nancy

ByHafeezzur Muzamir

PUTRAJAYA, 10 Jan: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan meneliti semula permohonan pendaftaran dua pusat jagaan kanak-kanak di Sarawak dan Selangor yang terpalit dengan kes yang menyebabkan kecederaan dan kematian kanak-kanak.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, wujud keperluan untuk menyemak semula permohonan kedua-dua pusat jagaan itu dengan lebih ketat.

Jelas Nancy KPWKM tidak boleh meluluskannya dengan mudah susulan ia kini berada di bawah tindakan pihak polis.

“Kita (KPWKM) mengambil langkah berhati-hati untuk memberikan kelulusan kerana terdapat pertimbangan yang perlu dibuat dan diteliti.

“Kita tidak boleh luluskan begitu sahaja kerana ia melibatkan soal keselamatan kanak-kanak di taska itu,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Plak Taska berdaftar di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dua insiden yang masing-masing berlaku di Kuching, melibatkan bayi berusia lapan bulan cedera dipercayai digigit dan di Bandar Saujana Putra, Selangor membabitkan seorang bayi yang mati dipercayai didera.

Dalam pada itu, Nancy berkata, sebanyak 61 pusat jagaan kanak-kanak di seluruh negara telah dibatalkan pendaftarannya kerana melanggar peraturan.

“Sebanyak 94 pusat asuhan pula telah dikenakan tindakan undang-undang,” katanya.

Jelas Nancy, kesemua kes melibatkan pelanggaran undang-undang seperti penderaan kanak-kanak, pengabaian, dan meletakkan kanak-kanak dalam situasi tidak selamat.

“Tindakan yang telibat melibatkan 22 denda, lima penutupan sementara, lapan rampasan dan satu perintah bertulis,” katanya.

Nancy menambah, garis panduan khusus untuk tindakan penguatkuasaan, termasuk amaran dan arahan penutupan pusat jagaan kanak-kanak di bawah siasatan polis telah dikeluarkan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan