Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
MetMalaysia hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan untuk beberapa negeri di Semenanjung dan Sarawak yang dijangka berlanjutan sehingga 12 Januari 2025. Foto hiasan Envato

MetMalaysia keluarkan amaran hujan berterusan hingga 12 Januari

BySaibi Gi

KUCHING, 10 Jan: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan untuk beberapa negeri di Semenanjung dan Sarawak yang dijangka berlanjutan sehingga 12 Januari 2025.

Amaran yang dikeluarkan pada 11:35 pagi merangkumi tiga kategori iaitu bahaya, buruk dan waspada.

Amaran hujan sangat lebat berterusan dalam kategori bahaya diramalkan berlaku di kawasan Rompin (Pahang) serta Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru (Johor).

Untuk kawasan Bera dan Pekan (Pahang) serta Tangkak, Segamat dan Muar (Johor) diramalkan mengalami hujan lebat berterusan (buruk).

Di Terengganu, kawasan Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman; Jerantut, Maran dan Kuantan (Pahang); Kuala Pilah, Jempol dan Tampin (Negeri Sembilan) dan Melaka hujan berterusan kategori waspada dijangka berlaku.

Kawasan di Sarawak yang diramal berlaku hujan berterusan kategori waspada membabitkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan