Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jumlah mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Agama Rakyat Padang Serai di Beruas, Manjung meningkat sedikit malam ini. Foto fail Bernama

Mangsa banjir di Perak malam ini bertambah

ByBernama

IPOH, 10 Jan: Jumlah mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Agama Rakyat Padang Serai di Beruas, Manjung meningkat sedikit malam ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dalam kenyataan memaklumkan seramai 27 mangsa daripada tujuh keluarga berlindung di PPS berkenaan berbanding 18 daripada lima keluarga pagi tadi.

“Kesemua mangsa yang terjejas banjir adalah penduduk dari Kampung Padang Serai, Kampung Kasi serta Kampung Pengkalan Damar,” kata kenyataan itu.

Jabatan Kerja Raya Perak pula memaklumkan laluan A175 Jalan Selat-Pulau Pebayan di Perak Tengah masih lagi ditutup kepada semua kenderaan berikutan laluan itu dinaiki air setinggi 0.8 meter. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan